Assalammualaikum...
Hye All..Sori La..Wa ter'PRIVATE'kan Blog Wa ni..Hak3..Patut ah wa tgk lengang je blog wa..erm..4 hari tenet kat umah wa buat hal n bila dapat on9 balik ni,mcm2 berita yg wa baca salah satu nye berita yg wa nk share ngan lu org..KFC,nama yg gah n termashyur 1 dunia tp bila wa tgk video ni ilang selera wa nk mkn kepci da..Atas Sbb ape jd cm tu wa pun x tahu..adakah pihak ini sengaja nk men'SABOTAJ' KFC?bila wa tonton bidio tu kan wa terpk,budak2 ni mmg x tau takut betul.terang2 muka derang terpampang kat bidio tu pastu yg lain2 jd tukang gelak..klu marah sekali pun jgn la buat cm tu kat pelanggan2...ape salah pelanggan kat korg eh?bagus sgt la tu kan,mmg bangga mak bapak lu org tgk muka lu org terpampang buat perangai yg memalukan tuh..mmg wa x bole maafkan perbuatan derang ni meskipun kejadian ni x berlaku di tempat wa tp cuba lu org pk..lu org sanggup x nk mkn KFC setelah menonton bidio ni?????? cite byk pun xmo ah..meh2 kita tonton...
ni satu lagi vid..yuckssss~!!
Ada 1 lagi bidio tp wa x bole nk upload..bidio tu pulak derang duk kesat ayam kat kasut derang selepas dorg bancuh ngan tepung..yucksssssssssssss,x lalu wa nk mkn kepci bila tgk bidio nih..kenapa la derang ni kejam sgt2..nk sgt keje,org da bg keje buat pangai cm ni..mmg gelap la masa depan lu org..wa cari2 kat u tube pasal bidio byk yg da di remove n for sure korg kena soal siasat kan...hah hambek,mmg bodo sgt2 luorg buat cm ni,mmg la pemes dapat masuk utube tp skrg lu org lagi lah pemes kannnnnnnn..silap2 dapat award pekerja paling bangang..hish,geram sungguh wa tgk pangai budak2 ni..kerana nila setitik rosak susu sebelanga...x pasal2 kfc kena boikot lepas ni,kat facebook wa tgk da bersepah2 komen cercaan pasal bidio ni,yg pastinya reputasi KFC sebagai restoran makanan segera telah tercemar....Siapakah yg harus dipersalahkan???n ape yg mengejutkan wa feedback dr pihak KFC sangat2 ah mengecewakan..
Kenyataan Rasmi dari KFC
by Kfc Malaysia on Monday
July 4, 2011 at 7:00pm
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami.Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.
Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.
KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.
Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.
Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
Erk..Betul Ke Ada cctv?kalau ada kenapa kejadian cm ni berlaku,siapakah yg memantau cctv tu..n wa x nmpk pun perkataan maaf dr pihak pengurusan KFC...Sungguh mudah kan derang selesaikan benda2 cm ni..KES TERPENCIL???Org ramai da mkn ayam cap tapak kasut+ayam goreng kain perahan pun masih lagi bole ckp Kes Terpencil...Apa yg berlaku ni mmg memalukan bangsa melayu..Hope lepas ni pihak pengurusan kfc rajin2 la terjah cctv lu org ek,takut kejadian cm ni berulang lagi...
Hak3..wa makin xpaham dgn dunia zaman skrg ni..
KOMEN ANDA..???