Aku..Penyakit..N Fort Supai~~~

Assalammualaikum...


Beep...Beep...Hola all... uhuk2..lama gak wa x terjah blog wa sendiri nih..mkin sadis lak wa tgk blog wa sendiri..betol2 mcm kena langgar kapal titanic..sebenarnya kebelakangan ni wa membz kan diri walaupun wa seorg bibik yg berjaya di rumah sendiri..sibuk siapkan ni,buat tu,pendek kata lah kan nk dekat bulan pose ni..so kena la prepare kemas umah..nk raya katanye... baru2 ni(baru x baru gak la) wa ada g buat treatment lintah,alah yg org letakkan lintah nk buang resdung la konon nye..wa ni pun suka mencuba mende2 yg extreme walaupun wa sendiri geli ngan lintah tu...tp wa tak sangka la pasal gigitan lintah tu buat wa punya alergik 1 badan tu naik balik..sblm tu ada 1 kelenjar beso naik kat leher wa,wa g klinik..wa ingatkan okeh la selang 2 hari bengkak2 1 badan lak..da berkali2 g klinik pun cm tu gak..wa pun x tahu nk buat ape da..ah lantak kan lah...ni wa kasi tunjuk 2 pic..



ha tgk tu...



4 ekor di bahu,2 ekor kat kaki


hah,da tgk kan..wa pun x bajet ah jd cm ni..sbb niat wa nk try,mn tahu ilang ke resdung wa..last2 sekali bukan resdung je yg x ilang penyakit lain yg smpi..so skrg ni wa kat umah da mcm org bingai,x tahu nk bikin ape da..wa redha je..klu bole baik,alhamdulilah,klu x bole wa berserah je..skrg ni ngan kaki wa bengkak plakkkk..haih mcm2,nk jln pun susah,sekali wa pandang da mcm kaki gajah jek kaki wa..uwaaaaaaaa..wa da la plan nk ke linggi ni,lama rasanya x bercuti2 ke melaka nih..nk g gakkkkkkkkkkkkkkkk~!!


Sabtu lepas wa nk g ke Kuala Linggi pastu da jd cm ni hampir2 nk batalkan plan nk kesana  da..(dapat gak wa pegi) dlm keadaan  wa yg separuh sengsara tu g klinik dulu..okeh cun,klinik x ramai sgt org..wa mmg regular kat klinik tuh,wa ingat doc yg ada kat dlm tu doc pompuan yg selalu ngan wa sekali wa masuk je..aiyarkkkkk doc lelaki,muda tp sygnye PEMALASSSSSSSS~!!wa tgk muka dia pun xde selera nk telan air liur,serabut ngalahkan pompuan mati somi..pastu tnya wa bla bla bla..xde check ke ape,suh ambik ubat...Mmg masa tu wa nk bertukar jd ijau jek kat klinik tuh memandangkan kondisi wa x mengizinkan terpaksa wa pendam je niat tuh...utk ape wa g klinik dia klu setakat tu je cara dia layan pesakit..buang masa,buang duit,buang air peluh wa je g klinik tuh..sungguh mengecewakan..wa harap2 sgt boleh pulih tp jangkaan wa meleset..dlm keadaan kondisi wa yg x berapa nk okay tu wa teruskan jelajah ke Kuala Linggi..Perjalanan kesana pun x jauh mana.okeh kat cni wa nk share sket tempat utk sape2 yg nk relaks n jimba2..Perjalanan Kesana lu org bole masuk ikut highway plus then pastikan lu org ikut susur kuar port dickson..then lu org terus menghala ke tanjung agas..tanjung agas ni kira kat sempadan negeri sembilan-melaka..so bila lu org da jumpa jambatan sempadan n9-melaka tu lu org akan jumpa 1 simpang tiga..belok ke kanan n lu org bole nmpk sign board Kg Kuala Linggi n chalet2 yg lu org mahu..jap2 wa kasi map..






ni kat depan chalet



love u ..muaxssssssssss~!!hak3 tetiba je an



Tu dia rupa chalet yg kami duk.walaupun bukan berbintang2 punya chalet wa puas hati sbb sgt2 selesa..pantai pun x jauh dr chalet so sape2 yg rasa nk catwalk smbil2 cuci mata di wajibkan jln pandang ke depan jgn nk melangut tau2 je posing maut smbil meniarap nnti..hak3..(jln kepantai mendatar ke bwh)...



ni la suasana kat tepi pantai..(ahlamak muka wa)


best2...


N klau lu org nk tahu kat ujung kampung chalet ni ada kesan peninggalan sejarah..Fort Supai nmnya..S.U.P.A.I=SUPAI bukan TUPAI ye anak2 mureddddd hak3=)) okeh..Fort Supai,Kuala Linggi ni agak kurang dikenali sedangkan nilai sejarahnya sama seperti peninggalan sejarah2 yg lain kerana ia membuktikan penjajah pernah menduduki kawasan itu..Kedudukannya cukup strategik, di atas bukit menghadap muara sungai Kuala Linggi, yang berkongsi sempadan antara Melaka dengan Negeri Sembilan dan atas sebab itulah penjajah Belanda menjadikan kota itu sebagai kubu pertahanan mereka.
Dari puncak bukit itu menghadap ke Selat Melaka, kelihatan jelas Tanjung Agas, juga di bawah jajahan Melaka dan lokasi strategik kota di puncak bukit mempunyai cerita tersendiri yang menarik perhatian ramai. 

Setakat ini, belum ada mana-mana pihak yang mengesahkan kenapa puncak itu dinamakan Fort Supai tetapi berdasarkan cerita lisan, bukit itu pernah dinamakan Bukit Tupai. Ketika Belanda mengusir Portugis dan menguasai Melaka, mereka menamakannya sebagai Kota Filiphino, sempena nama agak Gabenor Belanda. 

Menariknya, kubu batu bata yang mengelilingi puncak bukit itu masih tersergam megah tetapi struktur bangunannya sudah musnah, yang ada cuma susunan batu bata separas pinggang orang dewasa dipercayai asas binaan bangunan kota. rdasarkan saiz bata asas itu, keluasan kota dianggarkan separuh padang bola sepak dan memadai untuk dijadikan kubu pertahanan mengawal muara sungai kerana kedudukannya paling tinggi serta menggunakan meriam. 
Mengikut catatan muzium, kota itu dibina ketika era perang memuncak antara penjajah Belanda menentang tentera Bugis bermula tahun 1956. Perang itu tamat setahun kemudian dan sebagai tanda persahabatan, kedua-dua pihak bersetuju membina kota perdamaian.

Mereka mendirikan kota di puncak bukit dan satu perjanjian damai ditandatangani di dalam kota pada 1 Januari 1758. Perjanjian itu membenarkan Belanda mengambil alih pentadbiran kota dan menguasai bijih timah yang digali di Sungai Linggi dan Sungai Rembau. 

Bagaimanapun, apabila hasil pengeluaran timah di situ berkurangan, Belanda meninggalkan kota itu sehingga sekarang. 

Kedudukan kota bersaiz empat segi itu dilengkapi dengan landasan meriam yang menghadap ke pantai. Kini, terdapat lima meriam yang dikatakan meriam asal di situ, tetapi dicat semula dan disusun mengelilingi kota. 

Kini, bangunan bersejarah itu terletak di bawah seliaan muzium selepas mengambil alih hak pengurusan pada 1974 dan 1975 untuk mengekalkannya sebagai monumen runtuhan dan menjaga kawasan. Kawasan itu kemudian diwartakan sebagai Monumen Bersejarah di bawah Akta Benda Purba 1976. 
Namun, apa yang menyedihkan kota lama itu tidak dijaga sepenuhnya terutama di sekeliling kota, berlaku runtuhan tebing dipercayai akibat kerja mengorek tanah serta sebahagian dinding kubu dipenuhi semak. Terdapat juga empat bangunan terbengkalai tinggal di situ yang mencacatkan pemandangan.
Menurut Seorg Penduduk, bangunan terbengkalai itu dipercayai projek chalet mewah tetapi gagal disiapkan dan kini menjadi tumpuan golongan muda melakukan maksiat. Walaupun pernah diserbu pihak berkuasa beberapa kali, masalah itu tetap berlaku kerana kedudukannya agak jauh dari rumah penduduk.
“Sepatutnya tempat ini dipromosi dan ditambah nilai komersial. Ramai yang tak tahu di sini wujud kota bersejarah berbanding tempat lain di tengah bandaraya, sedangkan di sinilah sebenar sejarah Melaka bermula.
“Kita tidak mahu tempat ini menjadi terkenal kerana masalah lain. Cuma sejak kebelakangan itu, MPAG ada mengupah penduduk membersihkan kawasan kota, tetapi ia masih boleh diperbaiki, semak samun perlu ditebas,” katanya. 
Tindakan MPAG membina medan selera ikan bakar di Kuala Linggi yang bersambung dengan laluan ke kota itu sebenarnya langkah bijak kerana ia mampu menarik perhatian pengunjung tetapi kehadiran pelawat agak mengecewakan kerana kurang promosi.
Deretan rumah kedai menjual cenderahati di situ juga terpaksa ditutup kerana difahamkan tidak mendapat sambutan dan medan selera itu juga cuma beroperasi di sebelah petang hingga malam. 
Jika tempat itu dimajukan, sudah tentu kampung yang pernah mencatat sejarah tempat Hang Tuah lima bersaudara membesar dan bermain akan menjadi lebih terkenal. 

Info
Fort Supai

* Mempunyai dua pintu masuk
* Kota diperbuat daripada susunan batu laterit
* Penjuru kota berbentuk separa bulat dan dipasang meriam 
* Mempunyai laluan anak tangga ke pantai
* Mempunyai 4 lapisan tebing
* Dikelilingi pokok getah tua yang dikekalkan.
* Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - membina tangga batu bersambung dengan restoran terapung 

okeh ni info2 Fort Supai,pas ni wa nk share skit pic wa kat Fort Supai..Zassssssssss~!!


Batu Bersurat



Ni Model Tetap wa..hak3



ops..terupload lak pic wa yg tgh sakit neh...



pandangan dr atas...




besar kan..cm padang bola sepak




banglow tinggal...




ada lagi model wa ni..huuuuuuuu~!!




me n my kazen..muaxsssssss~!!

ok..wa mls nk bebel pnjg2 lagi ah..dgn keadaan wa yg separa bingit ni..mn lagi ngan 1 lagi penyakit smpi..FLU..arghhhhhhhhhh..batuk2 yg mengganggu tido wa n hidung wa ni wa rasa cm kena hempap dgn batu besar..susah nk bernafas ah..lantak ah,mcm2 ubat da wa telan ble dikatakan dlm badan wa ni penuh dgn ubat je..tp wa berharap sgt biar sakit ni elok sblm pose ni..wa xnk ketinggalan berpose di hari pertama..uhuk3...so..Selamat Berpuasa Utk Semua..Semoga Ramadhan di harap mendapat sinar.moga ramadhan kali ni dapat membawa sejuta rahmat untuk hambaMU kesemuanya...Amin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan